Kamus Dikemaskini

· Puisi
broken image

Terkadang tertanya:
Bagaimana kekata baharu
dan segala istilah yang padu
masuk ke dalam kamus –
Siapa yang “terpaling” urus
atau hanya ditentukan politikus?

Satu hari, tergelak satu Dewan
Kerana Kapla gunakan “maha kaya”,
beliau juga “ketimbang” guna,
sebelumnya suka “walhasil” di media.
Lalu apabila Kapla berkata,
makanya dijadikanlah istilah –
Dewan pun masukkan ke dalam kamus,
Perkembangan bahasa, katanya telus.

Walhal bahasa juga diperkayakan
Oleh keterbiasaan penutur watan –
Bolehkah istilah “terpaling” digunakan;
Perlu ditunggu dulu akhirnya atau “intiha”
dari “tatakelola” dalam “tatanan”,
Atau... bila Kapla gunakan dalam Dewan.

K. Hazwan, 21 Januari 2025