Kaya Meminta

· Puisi
broken image

Kaum mana yang kaya meminta
Adakah sebab serba kekurangan
atau atas buluh keterbiasaan
yang sudah keras tak dilentur,
Seperti perangai Luncai yang terjun
dengan labu-labunya –
berkeyakinan yang tak bertempat,
Atau gejala Jenin yang berangan-angan
di atas pokok meminta pinangan.

Sehingga selalu mengemis doa
Konon lebih makbul jika meminta
Sedangkan doa sendiri sudah memadai
Kerana percayalah kepada Ar-Razzaq,
Yang Maha Pemberi Rezeki –
sememangnya sudah mencukupi.
Kasilah chan untuk malaikat
Aminkan doa-doa kita
Yang dihajatkan tanpa diketahui
Tidak diminta, tapi diberi.

K. Hazwan, 25 Februari 2025