Perhentian
Perhentian
·

Di tempat perhentian
Sesak para penunggu
menunggu dan tunggu
kenderaan pulang
ke tempat bersemadi
Persemadian tempat abadi
Bersungguh sekali
Di tempat bersinggah
Seketika sahaja dan tika
sambil membeli makan
untuk dibuat teman
dan mengucapkan:
Senak badan ini
Berat tapi tak berisi
Enak tak berpeduli.
𝘒. 𝘏𝘢𝘻𝘸𝘢𝘯, 6 𝘋𝘪𝘴𝘦𝘮𝘣𝘦𝘳 2024